TOKOH
POLITIK MALAYSIA “ TUAN GURU DATO’ DR. HARUN BIN DIN”
BERMULANYA
POLITIK DI MALAYSIA.
Selepas termenterainya Perjanjian Pangkor pada 20
Januari 1874 diantara Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke di
pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak maka secara
rasminya Tanah Melayu membenarkan campur tangan Inggeris dalam urusan negeri
Perak pada pada peringkat permulaan dan
lama kelamaan kuasa British merebak ke seluruh negeri di Tanah Melayu.
Apabila pihak Inggeris telah berjaya menguasai Tanah Melayu, mereka melakukan
pelbagai pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adat
tempatan. Antaranya seperti memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat kepada
Sultan dan pembesar dalam segala hal kecuali hal berkaitan dengan Agama Islam
dan adat istiadat Melayu. Tujuan British melaksanakan Sistem Residen adalah
untuk menggantikan sistem feudal kepada sistem demokrasi. Hal ini kerana, pada
pendapat mereka sistem feudal hanya memberi manfaat kepada sebelah pihak sahaja
iaitu golongan pemerintah dan yang merana adalah rakyat jelata justeru sistem
demokrasi dipraktikkan agar kedua-dua golongan iaitu pihak pemerintah dan juga
pihak dan diperintah mendapat keuntungan yang sama.
Jika kita
lihat dari mata kasar, sememangnya kedatangan Inggeris ke negara kita membawa
seribu satu kebaikan dan manfaat kerana mereka melakukan pelbagai pembaharuan
dan permodenan dengan menyediakan kita peluang-peluang pekerjaan, membantu kita
membentuk kerajaan sendiri dan menyediakan kemudahan infrakstruktur seperti
sekolah serta jalan raya untuk kemudahan kita. Akan tetapi, segala kemudahan
yang diberikan itu hanyalah satu propoganda dan tipu muslihat British untuk
mengambil hati penduduk tempatan terutamanya orang Melayu. Kelicikkan bangsa
kolonial ini dapat kita lihat apabila mereka berjaya mengambil hati raja-raja
Melayu dengan menyatakan raja berkuasa mutlak. Walhal raja hanyalah sekadar
boneka dan mempunyai kuasa mutlak dalam perihal agama Islam dan adat istiadat
Melayu sahaja. Walau bagaimanapun,
apabila penduduk tempatan terutamanya masyarakat Melayu tersedar bahawa hak
mereka sebagai penduduk pribumi dicabuli oleh pihak British, mereka bagun
mempertahankan hak mereka. Di sini, dapat kita lihat bahawa wujudnya semangat
nasionalisme dalam kalangan masyarakat walaupun ketika itu masih ramai individu
yang tidak mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya kerana pendidikan hanya
diberikan bagi golongan bangsawan ataupun sekadar mendapat pendidikan di
sekolah rendah atau pondok sahaja.
Menurut Raden Soenarno, perkembangan nasionalisme Melayu boleh
dibahagikan kepada tiga tahap iaitu yang pertama
nasionalisme berorentasikan keagamaan (1906-1925), kedua berasaskan
sosio-ekonomi (1926-1936), dan akhir sekali ialah bersandarkan kepentingan
politik iaitu pada tahun 1937 hingga 1941.
Seperti apa yang diperkatakan oleh Raden Soenamo,
bermula pada awal abad ke-20 sudah terdapat golongan yang mengembangkan idea
nasionalisme dan golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Akan tetapi, pendapat
Soenamo tidaklah begitu tepat kerana semangat nasionalisme yang dibawa ketika
itu bukanlah bertunjangkan perihal keagamaan semata-mata kerana mereka juga
menitik beratkan hal politik, ekonomi dan juga pelajaran terutamanya pendidikan
bagi kaum wanita seperti yang di coretkan dalam Hikayat Setia Asyek kepada
Maksyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum.
Pada 20 April 1930 pula, Parti Komunis Malaya (PKM)
muncul sebagai sebuah parti yang radikal dan ganas. Namun ketika Jepun menjajah
Tanah Melayu, PKM berkerjasama dengan pihak British melalui Malayan People Anti
Japanese Army (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940.
PKM bertindak menyokong British kerana mendapat layanan yang teruk semasa
penjajahan Jepun kerana ketika itu berlaku peperangan antara negara Jepun dan
negara China. Selain itu, melalui pakatan ini PKM berjaya mempengaruhi British
untuk membebaskan semua tahanan politik berhaluan kiri serta mendapatkan
bantuan perubatan, senjata, kewangan dan sebagainya. Tetapi apabila Jepun telah
kalah dan British kembali menjajah di Tanah Melayu, PKM kembali kepada fahaman
asalnya yang berhaluan kiri dan bertindak dengan sangat kejam.
Semangat cinta akan tanah air serta ingin membebaskan
negara daripada cengkaman penjajah yang dipertahankan oleh golongan pejuang
tanah air telah di salah ertikan oleh pihak British. Pihak kolonial menganggap
mereka ini membawa haluan sayap kiri dan agresif. Sedangkan mereka hanya
berusaha untuk mengembalikan apa yang telah dirampas oleh pihak Inggeris.
Justeru Inggeris merencana dan melakukan
pelbagai strategi untuk mengekang segala aktiviti dan ideologi yang dibawa oleh golongan fahaman kiri
bermula dari awal abad 20-an sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan.
Pada sekitar tahun 1920, British memulakan langkah
pertamanya untuk menghalang fahaman kiri dengan memastikan raja-raja Melayu
berada dalam genggamannya dengan cara menguasai hati dan pemikiran raja-raja
Melayu. Selain itu, pihak penjajah juga menyebelahi dan menyokong fahaman yang berhaluan kanan iaitu Kaum Tua
kerana mereka tahu bahawa Kaum Tua telah lama bertapak di Tanah Melayu dan
sudah berjaya menguasai pemikiran masyarakat tempatan. Oleh itu senanglah pihak
British untuk menyebarkan propaganda dan ideologinya kepada masyarakat
tempatan.
Disamping itu, apabila British berjaya menguasai
raja-raja Melayu sebuah undang-undang
telah digubal bagi menangkis ideologi Kaum Muda. Oleh itu, Seksyen 19b Enakmen Undang-Undang Islam 1904, Pindaan Enakmen
1925 memperuntukkan bahawa sesiapa yang mencetak dan menerbitkan bahan bacaan
berkaitan Islam tanpa kelulusan bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan
boleh dikenakan hukuman denda dan dihukum penjara. Keadaan ini menyebabkan
penyebaran gerakan ini hanya terhad di Negeri-Negeri Selat sahaja yang tidak mempunyai
sultan dan Majlis Agama justeru fahaman yang dibawa oleh Kaum Muda tidak dapat
berkembang sekali gus turut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu.
Bagi menghalang pengaruh fahaman kiri pada tahun 1930 dan
ke atas, pihak British terpaksa mengeluarkan undang-undang darurat kerana
pergerakan golongan itu sangat aktif dan kejam terutamanya Parti Komunis
Malaya. Menurut undang-undang Darurat, sebarang parti politik yang bersifat radikal
diharamkan, sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan
ditangkap serta dibuang negeri dan hukuman bunuh turut akan dijatuhkan bagi
sesiapa yang
bersubahat dengan komunis. Di samping itu, semasa
darurat, British mengambil langkah dengan menyediakan kira-kira 40 000 tentera
termasuk rejimen askar Melayu yang dilengkapi dengan kelengkapan perang seperti
merian, kapal terbang dan kapal laut bagi menghapuskan anasir komunis. Selain
itu, pihak British turut meminta bantuan ketenteraan daripada negara-negara
Komanwel (Australia, New Zealand, Gurkha, dan Fiji) disamping memperkenalkan
sistem Home Guard. Bagi menyekat pemberontakan komunis, kerajaan British telah
merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Pasukan polis
cawangan khas menjalankan operasi mereka melalui gerakan internal-subversion, internal revolution, dan
counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan
seorang agen komunis yang bernama Lee
Meng, merupakan seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan
utusan daripada unit rahsia komunis.
Perintah Berkurung turut dijalankan semasa darurat bagi
kawasan yang mempunyai pengaruh komunis. Selain itu, British juga mengelaskan
Kawasan Hitam dan Kawasan Putih bagi memudahkan mereka untuk mengenal pasti
tempat aktiviti komunis dan membanterasnya. Kawasan Putih bermaksud kawasan
tersebut bebas daripada anasir komunis dan Kawasan Hitam pula adalah
sebaliknya. Sekatan jalan raya dan kawalan
kampung dibuat oleh anggota Home Guards dikawasan yang disyaki mempunyai
pengaruh komunis. Dengan ini, anggota Home Guard boleh memeriksa rumah sesiapa
sahaja dan merampas semua barang yang mereka ada kerana dikhuatiri mereka akan
memberi bantuan kepada komunis.
Selain itu, kerajaan British juga memperkenalkan teknik Perang Urat Saraf
bagi mematahkan serangan golongan radikal. Perang Urat Saraf ini dilancarkan oleh Sir Gerald Templer.
Perang Urat Saraf ini berfungsi untuk mempengaruhi hati dan pemikiran
masyarakat terhadap kerajaan sedia ada. Antara
tindakan yang diambil ialah dengan melancarkan voice aircraft iaitu
rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menampalkan risalah
supaya gerila komunis menyerah diri. Selain itu, tindakan Templer juga mengisytiharkan
Safe Conduct Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan
pengawasan kesihatan yang baik kepada mereka yang meyerah. Di samping itu, Reward
Pardon juga diberikan dan ianya merupakan satu langkah memberikan hadiah
kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya
memujuk komunis untuk menyerah diri.
Sehubungan itu, melalui Perang Urat Saraf British melancarkan
ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan. Jika meraka
engkar, mereka akan dikenakan collective punishment iaitu dengan menutup
kedai-kedai dan menambahkan masa
perintah berkurung. Selain itu, Templer juga menambahkan peratusan orang cina
untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special
Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi
menentang PKM, membentuk Good Citizen
Committee untuk menjalankan aktiviti perang saraf dan perarakan anti
komunis. Beliau turut menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendirikan
dewan orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat bagi
mengambil hati masyarakat sekali gus mengukuhkan pemerintahannya.
Dapat kita lihat dengan penguasaan undang-undang,
British mampu mengawasi dan mengekang pengaruh fahaman kiri. Oleh itu, pada
tahun 1930 British memperkenalkan Alien Immigration Act, 1930 bagi menghalang
perleluasaan fahaman kiri dengan cara menapis kemasukan migrasi daripada negara
China. Di samping itu, akta ini juga bertujuan untuk mengelakkan orang Melayu
daripada terpengaruh daripada ideologi Komunis.
British juga menggunakan taktik kotor bagi memecah
belahkan kerjasama antara kedua-dua parti politik yang berhaluan kiri seperti
yang berlaku kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO dengan PKMM.
British berjaya memutuskan hubungan mereka melalui isu pertelingkahan kecil
berhubung dengan lambang bendera UMNO. Akhirnya, UMNO memilih untuk bekerjasama
dengan British manakala PKMM bergerak secara bersendirian.
Disebabkan oleh tindakan dan langkah yang berterusan diambil oleh pihak penjajah
lama kelamaan gerakan radikal ini semakin lumpuh dan lenyap. Selain itu, British juga berjaya menguasai
lambang kekuasaan dan perpaduan orang Melayu iaitu raja menyebabkan golongan
sayap kiri ini tidak mampu melakukan tindakan yang melampaui batas skerana
tidak mahu dianggap menderhaka kepada
raja. Kesimpulannya, british telah berjaya dalam usahanya untuk mengekang
fahaman kiri ini daripada menguasai pemikiran penduduk Tanah Melayu dan berjaya
memerintah negara kita sehingga sekitar
tahun 1957.
DR. HARUN DIN
Satu
nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Harun bin Din diberi nama sebaik dilahirkan ke muka bumi ini. Nama ini menjadi
mahsyur sehingga kini dengan gelaran Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din. Tuan Guru
Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14
Rajab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga
daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak
serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki
beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau
Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Beliau dibesarkan
dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh
yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan
baik dan ilmiah dengan penuh barakah. Ibu bapa beliau merupakan guru Al-Quran
yang telah berkhidmat kepada masyarakat setempat. Dengan kealiman dan keilmuan
ayahanda kepada Tuan Guru Dato’ Dr, Harun Din, beliau digelar Lebai Din. Lebai
Din telah merantau mencari ilmu dari Pathani Thailand, dan akhirnya menetap dan
berkhawin di Bohor Mali, Perlis kerana disini tempat pengajian ilmu. Lebai Din
pada masa mudanya datang ke Perlis dengan berniaga kecil-kecilan iaitu secara
menjinjing barang makanan, pakaian, periuk belanga. Dengan kegigihan beliau
telah menarik minat Nenek Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din untuk tinggal
bersamanya dan melakukan kerja-kerja kampung dengannya. Pada masa yang sama
Nenek Tuan Guru mempunyai anak dara, dan lama-kelamaan Lebai Din dijodohkan
dengan anak daranya iaitu Ibu Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din. Lebai Din juga
memiliki kemahiran pertukangan, banyak rumah-rumah yang dibina Lebai Din ketika
itu. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din
telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun dengan seorang
wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh. Hasil perkongsian
hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata, iaitu dua
lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak mereka ialah Huda, Hamdi,
Salwa, Najmi dan Hana.
Tuan
Guru Dato’ Dr. Harun Din dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari
ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima
pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah
beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak
membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama
di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara
formal pada ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok,
rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh
ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah
dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran
kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan
tenaga pengajar fardu ain kepada umum. Walaupon Lebai Din dan isteri mempunyai
10 orang anak, namun rezeki mereka sentiasa cukup. Kerana mereka yakin rezeki
itu dari Allah, dan kepada Allah jua tempat untuk memohon. Berkhat doa dapat
jua mereka menunaikan haji.
Lebai
Din merupakan ayah yang sangat tegas, rotan tidak penah lekang di tangannya
apabila mendidik anak-anak. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki
sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik, sabar sebagai seorang ibu,
dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak
secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua
bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada tokoh ini.
Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam
membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat
lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah
lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya (orang yang didakwah)
tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan. Lebai Din meninggal pada
tahun 1974 dan isterinya meninggal pada 1977. Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din
pula meninggal dunia pada jam 10.10 (pagi waktu Malaysia) 15 september 2016 di
Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat. Ini merupakan
kali ke enam beliau menjalani pembedahan jantung.
Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)
Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah
menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah
al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter
dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau
mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya
kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.
Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas
jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria.
Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah
mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu
membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.
Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula
berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut.
Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada
guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan
kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.
Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang
mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba
ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah,
beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa
Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah
Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.
Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai
kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat
menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam
terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan
bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan
wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa
syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa
al-Quran.
Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)
Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok
Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah
al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud
penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu
pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan
rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km
sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah
S.W.T.
Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau
dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat
tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan
mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah.
Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa
belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun
dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar
terbaik ketika itu.
Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada
tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah
tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur
tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat
menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat
peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya
beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga
mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.
Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat
juang dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma
yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan
dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.
Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai
seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika
itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup
membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran
daripada persekolahan.
Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan
karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari
Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan
pada ketika itu.
Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau
untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat
sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke
seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan.
Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan
kenderaan yang moden.
Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang
kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya
yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk
meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan
persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama
penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.
Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk
merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu.
Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya
sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam
bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau
memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab
bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau
telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan dalam bahasa
Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan
baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain
pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.
Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya
ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu
disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di
tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar
lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga
menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.
Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang
setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu,
beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar
bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan
beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.
Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej
Islam Malaya
Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang
pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut
telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu
Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar
dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar
siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali
Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan
tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang
dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga
belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam
bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap
di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan
pelajar.
Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang
pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz
Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej
telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik
Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.
Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin
Musa menugaskan beliau menggantikannya untuk menyampaikan ceramah
di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan
Isra’ Mikraj.
Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan
berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang
saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.
Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial
dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh
rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan
Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.
Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah
al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan
cermerlang.
Di Peringkat Pengajian Tinggi
Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak
terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan
dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di
Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar,
Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau
telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti
Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah.
Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar
dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah
tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan
dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.
Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu
yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya
disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan
penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar
lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama
kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran
dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh
pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari
ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar
oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.
Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA
(Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain
Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau
telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.
Kehidupan Sebagai Murabbi
Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau
kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah
Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti
A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat
meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak
menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di
Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.
Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan
dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa
sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah
di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu,
warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.
Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai
pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia
yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau
Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development.
Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan
ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain
Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin oleh para guru pada ketika itu.
Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi
pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang
Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan
menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka
yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu
awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah
universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya
memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan
menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong
beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di
UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk
menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau
telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D
daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Sekembalinya ke tanah air,
beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan
dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun
kemudian dilantik sebagai profesor penuh.
KERJAYA
·
Pensyarah di Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
·
Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
·
Profesor di UKM sejak
tahun 1986 hingga bersara
·
Ahli Majlis Penasihat
Syariah, CIMB
·
Ahli Majlis
Penasihat, Bank Negara Malaysia
·
Majlis Penasihat
Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
·
Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
·
Timbalan Pengerusi
Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
·
Pengerusi Majlis
Penasihat Syariah, RHB Bank
·
Timbalan Pengerusi
Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
·
Ahli Majlis Penasihat
Syariah, Muamalah Financial Consulting
·
DAKWAHAhli Jawatankuasa
Persatuan Ulamak Malaysia (1976-1977)
·
Ahli Jawatankuasa
Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (1977-1980)
·
Ahli Jawatankuasa
Sambutan Maal Hijrah ke 15, Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1979)
·
Ahli Jawatankuasa
Pameran Kemajuan Islam, Muzium Negara 1979
·
Ahli Jawatankuasa
Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, ITM
·
Ahli Jawatankuasa
Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Perlis
·
Ahli Jawatankuasa
Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji/Pusat Islam)
·
Penasihat Kebajikan
Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia
·
Ahli Jawatankuasa
Pentadbir Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor Darul Ehsan
·
Penasihat Darul Fitrah
Kuala Lumpur
·
Penasihat Lembaga
Madrasah Islahiah Bohor Mali Kayang, Perlis
·
Penasihat Mahasiswa
Fakulti Pengajian Islam, UKM
·
Penasihat al-Hunfa’
Wilayah Persekutuan
·
Penasihat Institut
MINDA Kuala Lumpur
·
Ahli Jawatankuasa Kesepakatan
Kenaikan Pangkat Profesor dan Profesor madya, Fakulti Pengajian Islam, UKM
·
Ahli Jawatankuasa
Mengkaji Kedudukan Jabatan/Agama Islam Negeri
·
Ahli Jawatankuasa
Mengkaji Sukatan Pelajaran KeIslaman di Kementerian dan Jabatan Kerajaan
·
Ahli Jawatankuasa
Pengawasan Yayasan al-Islahiah Bohor Mali, Perlis
·
Ahli Jawatankuasa
Pengawasan Yayasan al-Muhammady Kayang, Perlis
·
Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa’) (1988 – kini)
·
Pengerusi Kluster
Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)
AKTIVITI PENGAJIAN AGAMA
1.
Kelas pengubatan Islam
seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.
2.
Kelas pengajian untuk
golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14).
Bermula sejak tahun 1985
3.
Kelas pengajian di
Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
4.
Memberi bimbingan
Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
5.
Memberi ceramah di
kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama
ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat
setiap bulan bermula pada awal tahun 1988
6.
Memberi ceramah di
Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam. (Minggu
kedua setiap bulan)
7.
Memberi cermah di
seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid
dan Surau-Surau.
8.
Ceramah bersiri di
Masjid Darul Ghufran, Singapura.
9.
Mengambil bahagian
dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia (RTM) (Rancangan Mingguan)
sejak tahun 1990
10.
Mengambil bahagian
dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).
11.
Program Lintas Lansung
Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio
Televesyen Malaysia (RTM)
12.
Sering diundang dalam
‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3
13.
Sering diundang dalam
Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)
14.
Sering diundang dalam
rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh
15.
Sering diundang dalam
rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan
16.
Sering mengambil
bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah
17.
Sering diundang dalam
rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis
18.
Memenuhi Program
Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei
Darussalam
19.
Sering diundang
bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di
seluruh pelusuk tanah air
20.
Siri kuliah yang
sedang berlangsung:
·
Kuliah Dhuha bulanan –
Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
·
Kuliah Dhuha bulanan –
Masjid Al-Falah, USJ
·
Kuliah Maghrib bulanan
– Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
·
Kuliah Maghrib bulanan
– Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
·
Kuliah Dhuha bulanan –
Dataran HIG, Pulau Langkawi
·
Kuliah Maghrib bulanan
– Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi
PENULISAN
Pengajian Islam Buku teks mengenai Islam untuk Sekolah Menengah
1.
Obor Islam I (The
Light of Islam I), Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi,
1970
2.
Obor Islam II (The
Light of Islam II) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi,
1970
3.
Obor Islam III (The
Light of Islam III) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi,
1970
4.
Obor Islam IV (The
Light of Islam IV) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi,
1970
5.
Obor Islam V (The
Light of Islam V) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi,
1970
·
Pengetahuan Agama
Islam. (Bersama Ustaz Sobri Salamon) Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah, 1988
·
Jawapan Kepada Buku
Hadith Satu Penilaian Semula Haron Din ... (et al.), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi Fakulti Pengajian Islam 1988
·
Jawapan Kepada Buku,
‘Hadith Satu Penilaian Semula’. Kuala Lumpur : Terbitan Dewan Pustaka
Fajar, , Januari 1988
·
Methodologi Zikir.
Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1988
·
Pengenalan
Islam : Kemusykilan dan Penjelasan ( Bersama Ustaz Ishak Din ) 1989
·
Manusia dan Islam /
Haron Din... (et.al) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
·
Manusia dan Islam /
Haron Din ...[et al.], Kuala Lumpur: Amiza, 1990
·
Himpunan Doa-doa
Pilihan dari Al-Quran dan Hadis Serta Terjemahannya oleh: Haron Din dan Ishak
Din Kuala Lumpur Darul Nu'man 1994
·
Aqidah Tauhid.
(Bersama Ustaz Ishak Din). Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1995
·
Rahsia Khusyuk Dalam
Solat ( videorecording) oleh Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur MOCCIS
Production 1996
·
Manusia dan Islam /
Prof. Dato' Dr. Haron Din (Ketua) ... [et al.] Shah Alam : Hizbi
Marketing, 1999
·
Manusia dan Islam.
Jilid 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
·
Manusia dan Islam.
Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
·
Manusia dan Islam.
Jilid 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993
·
Ulama’ Bukan Cap
Getah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1993
·
Muhammad
Rasulullah : Anugerah Untuk Kejayaan. Kuala Lumpur : Bahagian Hal
Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993
·
Manusia dan Islam /
Haron Din ... [et al.] Ampang : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001
·
Islam : Agama
Bisnes & Pengurusan / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS
Milennia, 2007
·
Islam : Keadilan
Membebaskan Manusia / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia,
2007
·
Islam : Ada Apa
Dengan Islam? / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·
Islam : Jihad
Sebagai Survival Insan / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS
Millennia, 2007
·
Islam : Rujukan
Efektif Akhlak Mulia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Milennia,
2007
·
Islam : Panduan
Komprehensif Keluarga Bahagia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS
Milennia, 2007
·
Islam : Ibadah
Pembina Tamadun Manusia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS
Millennia, 2007
·
Attarikat
alNakhsyahbandiah Ala'liyah Haron Din, {s.l.], [s.n.]:[n.d]
·
Tasawwur Islami.
Kajang : Percetakan Graphico, 1404 H
Perundangan &
Politik Islam
·
Hudud di dalam
Perundangan Islam (suatu analisa Mengapa Hukuman Hudud Perlu Dilaksanakan) /
oleh Haron Din, Kuala Lumpur Pejabat Agong Pas 1978
·
Hudud Dalam Perundangan
Islam (Hudud in Islamic Law). Kuala Lumpur : Pakar Print, 1978
·
Hudud Dalam
Perundangan Islam. Kuala Lumpur : Deny Press, 1993
·
Kewajipan Menegakkan
Negara Islam. Perlis : Indera Press
Permasalahan Fiqh Semasa
·
Suami Isteri dalam
Rumahtangga menurut Islam. Kuala Lumpur : Maju Press, 1979
·
Masalah Pendidikan
Islam di Malaysia (Problem of Islamic education in Malaysia) with others.
Kajang : Sincere Print, 1980
·
Masalah Pendidikan
Islam di Malaysia. (Bersama Dr. Sabri Salamon). Bangi Persatuan Bekas Mahasiswa
Islam Timur Tengah 1980
·
Penyelenggaraan
Jenazah. Serdang : Unit Bimbingan Umaga, Universiti Pertanian Malaysia,
1981
·
فسخ النكاح والقضايا
المتعلقة به : دراسة مقارنة بين المذاهب الفقهية / الدكتور هارون دين Fasakh
Al-Nikah Wa Al-Qadaya Al-Muta'liqah Bih : Dirasah Muqaranah Bayna
Al-Madhahib Al-Fiqhiyah Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1983
·
Pengurusan Jenazah.
Bangi : Percetakan Zizi Press, 1989
·
Taklik Talak Antara
Hokum Fiqh dan Hokum Qanun. Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1889
·
Soal Jawab Fiqh Harian
/ Ishak Din, Haron Din, Abu Hassan Din al-Hafiz, Shah Alam : Hizbi, 1992
·
Soal Jawab Agama.
(bersama Ustaz Ishak Din). Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn. Bhd.
1992
·
Dato' Dr. Haron Din
Menjawab Persoalan Fikah Harian / Dato' Dr. Haron Din, Ishak Din, Abu Hassan
Din, Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·
Melihat Anak Bulan di
Malaysia : Masalah dan Kemungkinan.
Pengubatan Islam
·
Haron Din. 2011.
Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bangi:
Darussyifa’.
·
Haron Din. 2009. Menjawab
Persoalan Makhluk Halus. Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2014.
Ruqyah Asas Pengubatan Islam, Edisi Kedua. Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2010.
Pengantar Pengubatan Islam. Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2010.
Rawatan Penyakit Jasmani (1). Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2010.
Rawatan Penyakit Jasmani (2). Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2010.
Rawatan Penyakit Rohani. Bangi: Darussyifa’.
·
Haron Din. 2010.
Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Bangi: Darussyifa’.
·
Rawatan Gangguan
Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Oleh Amran Kasimin dan Haron Din,
Kuala Lumpur Percetakan Watan 1987
·
Rawatan Pesakit
Menurut al-Quran dan as-Sunnah / oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron
Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1987
·
Sebahagian Daripada
Rawatan Pesakit menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur : Percetakan
Watan Sdn. Bhd., Tahun 1990
·
Fadilat ayat al-Kursi
Untuk Mengatasi Sihir / oleh Dr Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr Haron Din,
Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
·
Rawatan Pesakit
Menurut Al-Quran dan As-Sunnah : doa-doa / Dr Amran Kasimin, Prof. Dato'
Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
·
Doa dan Rawatan
Penyakit. Amran Kasimin, Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1996
·
Doa dan Rawatan
Penyakit (i) / Dr Amran Kasimin, Dato' Dr. Haron Din : Kuala Lumpur :
Percetakan Watan, 1997
Politik
·
Mula bergiat aktif
dalam PAS sejak dari tahun 1974
·
Ahli Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat (1975-1983)
·
Ketua Penerangan PAS
Pusat
·
Ahli Majlis Syura
Ulama'
·
Timbalan Mursyidul Am
PAS
·
Mursyidul Am PAS
Pilihan Raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dr Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia telah mendapat undi sebanyak 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 17,367. Syed Razlan telah
diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004. Majoriti diperolehi: 3,243, Jumlah Undi:
32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail
Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451 berbanding Dr Haron
Din yang mendapat sebanyak 16,151 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah
83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.
Sumbangan Tuan Guru
Dato Dr Haron Din
ALMARHUM Tuan Guru Datuk Dr.
Haron Din adalah ulama haraki yang bergerak ilmunya di tengah kancah
masyarakat dengan pelbagai karenah dan ragam. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama membantu
menyelesaikan banyak masalah ummah sehingga diiktiraf dan dilantik untuk
menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia
pada tahun 1976 sehingga 1977.
Selain dari itu beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa
Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Panel Penasihat Pusat
Pendidikan Islam, Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM
Malaysia dan banyak lagi. Terlalu banyak untuk kami senaraikan.
Beliau juga banyak menyumbang dalam bentuk penulisan
dengan menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian islam, perubatan islam dan
permasalahan fiqah semasa termasuk buku teks untuk Sekolah Menengah berjudul
Obor Islam bermula dari siri 1 sehingga siri 5.
Terlalu banyak sumbangan beliau dan jasa pada negara
khasnya buat umat islam di seluruh Malaysia. Panjang jika ingin kami huraikan
satu persatu, tidak terhitung jumlah kebajikan yang telah beliau lakukan
terutama dalam menyelesaikan masalah ummah.
Kesimpulan
Tuntasnya, sungguhpun
banyak lagi yang wajar diperkatakan berkaitan Dr. Haron Din, namun, ingin saya
tegaskan di sini, bahawa peranan Dr. Haron Din sangat besar dalam memartabatkan
sistem perubatan Islam di Malaysia. Usaha dan inisiatif beliau bukan sahaja
berguna untuk masyarakat sekitar beliau berada atau kepada murid-muridnya,
tetapi ia membantu memudahkan penerimaan Kementerian Kesihatan kepada ilmu dan
amalan perubatan Islam sebagai salah satu amalan dalam perubatan komplementari.
Dengan adanya tulisan-tulisan
beliau yang boleh digunakan sebagai teks atau modul juga, maka modul yang
bersesuai mudah diterapkan dan disusun bagi tujuan pengajian akademik di
mana-mana universiti atau kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan
dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pesanan akhir Dr Dato Harun Din yang kami
dapat dari sesi temu bual bersama kakak beliau yang dipesan olehnya ialah “duit
kita harta kita biar sentiasa berada ditangan ,jangan simpan dihati, di bank
atau dalam simpanan kita” kerana bila duit dan harta sentiasa ditangan maka
mudahlah kita untuk bersedekah dan juga berbelanja wang dan harta kita kearah
kebaikan.
Abdul
Latif Abu Bakar, ‘Akhbar, Desentaralisasi dan Persatuan Negeri Melayu’, dalam
Khoo Kay Kim (peny-) (1985) Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti
Malaya.
Ahmad
Zaki Hj Abdul Latiff (2006) Transformasi
Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur Tengah Dan Di Malaysia.Shah Alam, Selangor
Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.
Barbara
Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1982)
A History of Malaya. London : The Macmillan Press LTD.
J.J. Raj
(JR) (2007) The Struggle For Malaysian Independence. Kuala Lumpur : MPH Group
Printing (M)
Sdn Bhd.
Khoo Kay Kim
(1972) The Western Malay States 1850 1873. Kuala Lumpur : Charles Grenier Sdn
Bhd.
Robert
Heussler (1985) Britsh Rule in Malaya. Singapore : Chong Moh Offset Printing
Pte. Ltd.
William
R. Roff (2003) Nasionalisme
Melayu (terjemahan Ahmad Boestamam). Kuala Lumpur:
Penerbit
Universiti Malaya.
https://www.darussyifa.org
No comments:
Post a Comment