1. Anda boleh dapatkan tinted dari online shopping web, contoh seperti lazada, mudah.com, shopee, ebay, lelong.com, dan sebagai. Saya telah memilih shopee dengan tawaran harga bagi ukuran 5 kaki x 50 kaki dengan hanya RM 2++ sahaja.
2. Alat-alat yang diperlukan dalam proses pemasangan adalah:
- pisau, pembaris besi, meja(sebagai alas untuk memotong tinted), scraper tinted, botol penyembur air, sabun atau syampo. semua alatan ini boleh saja didapati di kedai DIY.
3. Ukur keluasan cermin tingkap, setelah ukuran diperolehi, potong tinted mengikut sais tersebut.
4. Sebelum memulakan proses memasang, pastikan cermin tingkap yang hendak di pasang tinted itu dibersih terlebih dahulu, pastikan tiada sebarang habuk yang masih melekat di cermin. Jangan lupa tanggalkan getah hitam sekeliling tingkap itu.
5. Sembur tingkap dengan Air sabun/shampo secara keseluruhan. Ini bagi memudahkan kita untuk memperbetulkan tinted apabila dipasang.
6. Lekatkan tinted yang siap dipotong ke cermin tersebut. Gelembong udara terhasil.. banyak lak tu.. jangan susah hati, perkara ini pasti berlaku. Inilah masanya scraper diperlukan, Tekan scraper pada tinted, tarik perlahan-lahan ke bawah atau ke tepi, ikut kesesuaian. lakukan proses ini hingga kesemua gelembong udara hilang.
7. Selesai pemasangan tinted anda. pasang kembali getah hitam sekeliling cermin tingkap itu. Nah.. anda telah membuat penjimatan sehingga RM1500. DO IT YOUR SELF. Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment