Monday, July 30, 2018


Untuk puaskan hati, saya suka menghasilkan sendiri pisau saya..

 nak mudah, kita guna mata piring belah kayu.. murah, mudah dan tajam.. lukis bentuk mata yg kita suka pada piring tu, kemudian potong guna mesin grander.

yang ni untuk hulu yang dikapit kayu.. pastikan mata pisau telah dicanai dan disepuh barulah buat hulu..

siap mata dan hulu

kita buat sarung kulit, sebab lagi mudah dari sarung kayu, dan yang paling penting ianya tahan lasak.



nah siap dah hasil semuanya..

Cuba try test guna photoshop.. haaa.. lawak lawak.. bleh tara tu?



macam pinang dibelah dua tak?



Friday, July 20, 2018

test bot

Projek baik pulih bot
beli body bot = rm2k
beli engine bot 60hp = rm6k
beli fiber glass = rm1k
beli gam fiber = 1kg = rm9x 200kg= rm1.8k
beli stainless steel = rm300
beli honey form = rm600
beli cat = rm150

jumlah kasar = rm11850
kos sebenar adalah lebih kerana kos ini tidak termasuk kos pengangkutan, makan, minum, barang mesin dan peralatan semasa proses, elektrik dan sebagainya..
kayu yang digunakan semuanya cari sendiri..(potong kayu hutan, pokok temak dan pokok tui)












Wednesday, July 11, 2018


TOKOH POLITIK MALAYSIA “ TUAN GURU DATO’ DR. HARUN BIN DIN”

BERMULANYA POLITIK DI MALAYSIA.
Selepas termenterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 diantara Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak maka secara rasminya Tanah Melayu membenarkan campur tangan Inggeris dalam urusan negeri Perak pada pada peringkat permulaan dan  lama kelamaan kuasa British merebak ke seluruh negeri di Tanah Melayu. Apabila pihak Inggeris telah berjaya menguasai Tanah Melayu, mereka melakukan pelbagai pembaharuan yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi dan adat tempatan. Antaranya seperti memperkenalkan Sistem Residen atau Penasihat kepada Sultan dan pembesar dalam segala hal kecuali hal berkaitan dengan Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tujuan British melaksanakan Sistem Residen adalah untuk menggantikan sistem feudal kepada sistem demokrasi. Hal ini kerana, pada pendapat mereka sistem feudal hanya memberi manfaat kepada sebelah pihak sahaja iaitu golongan pemerintah dan yang merana adalah rakyat jelata justeru sistem demokrasi dipraktikkan agar kedua-dua golongan iaitu pihak pemerintah dan juga pihak dan diperintah mendapat keuntungan yang sama.
Jika  kita lihat dari mata kasar, sememangnya kedatangan Inggeris ke negara kita membawa seribu satu kebaikan dan manfaat kerana mereka melakukan pelbagai pembaharuan dan permodenan dengan menyediakan kita peluang-peluang pekerjaan, membantu kita membentuk kerajaan sendiri dan menyediakan kemudahan infrakstruktur seperti sekolah serta jalan raya untuk kemudahan kita. Akan tetapi, segala kemudahan yang diberikan itu hanyalah satu propoganda dan tipu muslihat British untuk mengambil hati penduduk tempatan terutamanya orang Melayu. Kelicikkan bangsa kolonial ini dapat kita lihat apabila mereka berjaya mengambil hati raja-raja Melayu dengan menyatakan raja berkuasa mutlak. Walhal raja hanyalah sekadar boneka dan mempunyai kuasa mutlak dalam perihal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.                                                           Walau bagaimanapun, apabila penduduk tempatan terutamanya masyarakat Melayu tersedar bahawa hak mereka sebagai penduduk pribumi dicabuli oleh pihak British, mereka bagun mempertahankan hak mereka. Di sini, dapat kita lihat bahawa wujudnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat walaupun ketika itu masih ramai individu yang tidak mendapat peluang pendidikan yang sepatutnya kerana pendidikan hanya diberikan bagi golongan bangsawan ataupun sekadar mendapat pendidikan di sekolah rendah atau pondok sahaja.  Menurut Raden Soenarno, perkembangan nasionalisme Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu yang pertama nasionalisme berorentasikan keagamaan (1906-1925), kedua berasaskan sosio-ekonomi (1926-1936), dan akhir sekali ialah bersandarkan kepentingan politik iaitu pada tahun 1937 hingga 1941.
Seperti apa yang diperkatakan oleh Raden Soenamo, bermula pada awal abad ke-20 sudah terdapat golongan yang mengembangkan idea nasionalisme dan golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Akan tetapi, pendapat Soenamo tidaklah begitu tepat kerana semangat nasionalisme yang dibawa ketika itu bukanlah bertunjangkan perihal keagamaan semata-mata kerana mereka juga menitik beratkan hal politik, ekonomi dan juga pelajaran terutamanya pendidikan bagi kaum wanita seperti yang di coretkan dalam Hikayat Setia Asyek kepada Maksyuknya atau lebih dikenali sebagai Hikayat Faridah Hanum.
Pada 20 April 1930 pula, Parti Komunis Malaya (PKM) muncul sebagai sebuah parti yang radikal dan ganas. Namun ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, PKM berkerjasama dengan pihak British melalui Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. PKM bertindak menyokong British kerana mendapat layanan yang teruk semasa penjajahan Jepun kerana ketika itu berlaku peperangan antara negara Jepun dan negara China. Selain itu, melalui pakatan ini PKM berjaya mempengaruhi British untuk membebaskan semua tahanan politik berhaluan kiri serta mendapatkan bantuan perubatan, senjata, kewangan dan sebagainya. Tetapi apabila Jepun telah kalah dan British kembali menjajah di Tanah Melayu, PKM kembali kepada fahaman asalnya yang berhaluan kiri dan bertindak dengan sangat kejam.
 Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, muncul pula sebuah pertubuhan yang juga dianggap radikal oleh penjajah iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Pengasasnya ialah Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam. Sebelum PKMM ditubuhkan, Ibrahim Yaacob telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) terlebih dahulu pada tahun 1937. PKMM diberi imej sebagai sebuah parti politik yang berhaluan kiri oleh penjajah kerana mengamalkan dasar anti-penjajah dan bercita-cita untuk melakukan  penyatuan dengan Indonesia yang dikenali sebagai Melayu Raya. Rentetan daripada semangat nasionalisme yang mambuak-buak, PKMM turut menaja beberapa buah parti politik yang lain yang turut dianggap radikal seperti Angkatan pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan Barisan tani Se Malaya. API dipelopori oleh Ahmad Boestamam manakala AWAS pula diketuai oleh Shamsiah Fakeh.
Semangat cinta akan tanah air serta ingin membebaskan negara daripada cengkaman penjajah yang dipertahankan oleh golongan pejuang tanah air telah di salah ertikan oleh pihak British. Pihak kolonial menganggap mereka ini membawa haluan sayap kiri dan agresif. Sedangkan mereka hanya berusaha untuk mengembalikan apa yang telah dirampas oleh pihak Inggeris. Justeru Inggeris merencana dan  melakukan pelbagai strategi untuk mengekang segala aktiviti dan ideologi  yang dibawa oleh golongan fahaman kiri bermula dari awal abad 20-an sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan.
Pada sekitar tahun 1920, British memulakan langkah pertamanya untuk menghalang fahaman kiri dengan memastikan raja-raja Melayu berada dalam genggamannya dengan cara menguasai hati dan pemikiran raja-raja Melayu. Selain itu, pihak penjajah juga menyebelahi dan menyokong  fahaman yang berhaluan kanan iaitu Kaum Tua kerana mereka tahu bahawa Kaum Tua telah lama bertapak di Tanah Melayu dan sudah berjaya menguasai pemikiran masyarakat tempatan. Oleh itu senanglah pihak British untuk menyebarkan propaganda dan ideologinya kepada masyarakat tempatan.
Disamping itu, apabila British berjaya menguasai raja-raja Melayu  sebuah undang-undang telah digubal bagi menangkis ideologi Kaum Muda. Oleh itu, Seksyen 19b Enakmen Undang-Undang Islam 1904, Pindaan Enakmen 1925 memperuntukkan bahawa sesiapa yang mencetak dan menerbitkan bahan bacaan berkaitan Islam tanpa kelulusan bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dikenakan hukuman denda dan dihukum penjara. Keadaan ini menyebabkan penyebaran gerakan ini hanya terhad di Negeri-Negeri Selat sahaja yang tidak mempunyai sultan dan Majlis Agama justeru fahaman yang dibawa oleh Kaum Muda tidak dapat berkembang sekali gus turut tidak mendapat sokongan daripada  masyarakat Melayu.
Bagi menghalang pengaruh fahaman kiri pada tahun 1930 dan ke atas, pihak British terpaksa mengeluarkan undang-undang darurat kerana pergerakan golongan itu sangat aktif dan kejam terutamanya Parti Komunis Malaya. Menurut undang-undang Darurat, sebarang parti politik yang bersifat radikal diharamkan, sesiapa yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis akan ditangkap serta dibuang negeri dan hukuman bunuh turut akan dijatuhkan bagi sesiapa yang
bersubahat dengan komunis. Di samping itu, semasa darurat, British mengambil langkah dengan menyediakan kira-kira 40 000 tentera termasuk rejimen askar Melayu yang dilengkapi dengan kelengkapan perang seperti merian, kapal terbang dan kapal laut bagi menghapuskan anasir komunis. Selain itu, pihak British turut meminta bantuan ketenteraan daripada negara-negara Komanwel (Australia, New Zealand, Gurkha, dan Fiji) disamping memperkenalkan sistem Home Guard. Bagi menyekat  pemberontakan komunis, kerajaan British telah merekrut seramai 25 ribu polis biasa dan 24 ribu polis khas. Pasukan polis cawangan khas menjalankan operasi mereka melalui gerakan  internal-subversion, internal revolution, dan counter-espionage. Kejayaan besar pasukan ini ialah penangkapan seorang  agen komunis yang bernama Lee Meng, merupakan seorang orang penting Chin Peng dalam menerima dan mengutuskan utusan daripada unit rahsia komunis.
Perintah Berkurung turut dijalankan semasa darurat bagi kawasan yang mempunyai pengaruh komunis. Selain itu, British juga mengelaskan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih bagi memudahkan mereka untuk mengenal pasti tempat aktiviti komunis dan membanterasnya. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut bebas daripada anasir komunis dan Kawasan Hitam pula adalah sebaliknya.  Sekatan jalan raya dan kawalan kampung dibuat oleh anggota Home Guards dikawasan yang disyaki mempunyai pengaruh komunis. Dengan ini, anggota Home Guard boleh memeriksa rumah sesiapa sahaja dan merampas semua barang yang mereka ada kerana dikhuatiri mereka akan memberi bantuan kepada komunis.
 Pada pertengahan tahun 1950, Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu dan pengarah operasi yang bertanggungjawab melaksanakan rancangan ini ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs ini adalah bertujuan untuk menghalang komunis daripada mendapat bantuan daripada penduduk-penduduk seperti bantuan makanan, maklumat, senjata, dan anggota baru. Oleh itu, melalui rancangan ini penduduk cina yang tinggal di kawasan pinggir hutan secara bertaburan dipindahkan ke penempatan baru di kampung-kampung yang mempunyai kawalan keselamatan yang lebih terjamin dan kawasan tersebut dikenali sebagai Kampung Baru. Jumlah penduduk yang terlibat dalam rancangan Briggs ini adalah seramai 470 509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Penempatan baru ini juga dilakukan untuk mengelakkan penduduk kampung daripada diugut oleh Min Yuen bagi mendapatkan maklumat dan bekalan makanan.
Selain itu, kerajaan British juga memperkenalkan teknik Perang Urat Saraf bagi mematahkan serangan golongan radikal. Perang Urat Saraf ini dilancarkan  oleh Sir Gerald Templer. Perang Urat Saraf ini berfungsi untuk mempengaruhi hati dan pemikiran masyarakat terhadap kerajaan sedia ada.   Antara tindakan yang diambil ialah dengan melancarkan voice aircraft iaitu rakaman suara bekas-bekas komunis yang telah menyerah diri serta menampalkan risalah supaya gerila komunis menyerah diri. Selain itu, tindakan Templer juga mengisytiharkan Safe Conduct Passes, iaitu satu cara kerajaan memberikan layanan dan pengawasan kesihatan yang baik kepada mereka yang meyerah. Di samping itu, Reward Pardon juga diberikan dan ianya merupakan satu langkah memberikan hadiah kepada penduduk yang membantu kerajaan untuk menangkap Komunis atau berjaya memujuk komunis untuk menyerah diri.
Sehubungan itu, melalui Perang Urat Saraf British melancarkan ketertiban undang-undang terhadap penduduk supaya menyokong kerajaan. Jika meraka engkar, mereka akan dikenakan  collective punishment iaitu dengan menutup kedai-kedai  dan menambahkan masa perintah berkurung. Selain itu, Templer juga menambahkan peratusan orang cina untuk mendapatkan kewarganegaraan daripada 10% kepada 55%, mewujudkan Special Operational Volunteer Force yang dianggotai oleh bekas komunis bagi menentang PKM, membentuk  Good Citizen Committee untuk menjalankan aktiviti perang saraf dan perarakan anti komunis. Beliau turut menjalankan kegiatan lawatan ke hospital, mendirikan dewan orang ramai, dan mewujudkan perhubungan mesra dengan masyarakat bagi mengambil hati masyarakat sekali gus mengukuhkan pemerintahannya.
Dapat kita lihat dengan penguasaan undang-undang, British mampu mengawasi dan mengekang pengaruh fahaman kiri. Oleh itu, pada tahun 1930 British memperkenalkan Alien Immigration Act, 1930 bagi menghalang perleluasaan fahaman kiri dengan cara menapis kemasukan migrasi daripada negara China. Di samping itu, akta ini juga bertujuan untuk mengelakkan orang Melayu daripada terpengaruh daripada ideologi Komunis.
British juga menggunakan taktik kotor bagi memecah belahkan kerjasama antara kedua-dua parti politik yang berhaluan kiri seperti yang berlaku kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, UMNO dengan PKMM. British berjaya memutuskan hubungan mereka melalui isu pertelingkahan kecil berhubung dengan lambang bendera UMNO. Akhirnya, UMNO memilih untuk bekerjasama dengan British manakala PKMM bergerak secara bersendirian.
Disebabkan oleh tindakan dan langkah  yang berterusan diambil oleh pihak penjajah lama kelamaan gerakan radikal ini semakin lumpuh dan lenyap.  Selain itu, British juga berjaya menguasai lambang kekuasaan dan perpaduan orang Melayu iaitu raja menyebabkan golongan sayap kiri ini tidak mampu melakukan tindakan yang melampaui batas skerana tidak mahu dianggap  menderhaka kepada raja. Kesimpulannya, british telah berjaya dalam usahanya untuk mengekang fahaman kiri ini daripada menguasai pemikiran penduduk Tanah Melayu dan berjaya memerintah negara kita sehingga sekitar  tahun 1957.

                                                                                                                                                     






            
TUAN GURU DATO’
DR. HARUN DIN

           
            Satu nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Harun bin Din diberi nama sebaik dilahirkan ke muka bumi ini. Nama ini menjadi mahsyur sehingga kini dengan gelaran Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din. Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik yang terdiri daripada seorang abang dan kakak serta seorang adik lelaki juga enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga merupakan tokoh agama yang disegani di Malaysia iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kehidupan beliau telah terdidik sejak kecil lagi dalam keadaan baik dan ilmiah dengan penuh barakah. Ibu bapa beliau merupakan guru Al-Quran yang telah berkhidmat kepada masyarakat setempat. Dengan kealiman dan keilmuan ayahanda kepada Tuan Guru Dato’ Dr, Harun Din, beliau digelar Lebai Din. Lebai Din telah merantau mencari ilmu dari Pathani Thailand, dan akhirnya menetap dan berkhawin di Bohor Mali, Perlis kerana disini tempat pengajian ilmu. Lebai Din pada masa mudanya datang ke Perlis dengan berniaga kecil-kecilan iaitu secara menjinjing barang makanan, pakaian, periuk belanga. Dengan kegigihan beliau telah menarik minat Nenek Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din untuk tinggal bersamanya dan melakukan kerja-kerja kampung dengannya. Pada masa yang sama Nenek Tuan Guru mempunyai anak dara, dan lama-kelamaan Lebai Din dijodohkan dengan anak daranya iaitu Ibu Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din. Lebai Din juga memiliki kemahiran pertukangan, banyak rumah-rumah yang dibina Lebai Din ketika itu.  Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din telah mengakhiri zaman bujangnya ketika berusia 25 tahun  dengan seorang wanita pilihannya Datin Khadijah binti Haji Salleh.  Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka telah dikurniakan lima orang cahaya mata, iaitu dua lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak  mereka  ialah Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.
                Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din dan adik beradiknya yang lain diwajibkan mempelajari ilmu agama terutama pengajian al-Quran. Oleh kerana itu, beliau menerima pendidikan awal daripada ayah dan ibunya sendiri. Sikap keprihatinan ayah beliau dalam memberi didikan agama kepada anak-anak, sehinggakan tidak membenarkan anak-anaknya mendapat pendidikan selain daripada pendidikan agama di pondok. Tidak seorang pun anak-anaknya yang mengikuti persekolahan secara formal pada  ketika itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat pondok, rumah pula menjadi tempat bagi beliau mendalami bidang al-Quran dipimpin oleh ayahnya. Beliau bukan sahaja diajar kaedah bacaan al-Quran dengan betul, malah dilatih dan diberi kepercayaan sebagai pembantu ayahandanya mengajar al-Quran kepada anak-anak qaryah. Beliau juga telah dilatih menjadi imam solat dan tenaga pengajar fardu ain kepada umum. Walaupon Lebai Din dan isteri mempunyai 10 orang anak, namun rezeki mereka sentiasa cukup. Kerana mereka yakin rezeki itu dari Allah, dan kepada Allah jua tempat untuk memohon. Berkhat doa dapat jua mereka menunaikan haji.

Lebai Din merupakan ayah yang sangat tegas, rotan tidak penah lekang di tangannya apabila mendidik anak-anak. Manakala bondanya pula, seorang ibu yang memiliki sifat keibuan sempurna. Dengan perwatakan baik, sabar sebagai seorang ibu, dengan sifat lemah lembutnya, dia berjaya mendidik dan membentuk anak-anak secara berhikmah dan berbeza dengan cara suaminya. Dengan kombinasi kedua-dua bentuk didikan ini, maka terbentuklah keperibadian baik kepada  tokoh ini. Ia menjadikan Tuan Guru Dato’ seorang yang amat tegas pendiriannya dalam membela, mempertahan dan memperjuangkan agama di tanahair. Tambahan, sifat lemah lembut ibunya juga telah diwarisi oleh beliau. Beliau amat berlemah lembut dalam tutur katanya serta mesra dengan mad’unya (orang yang didakwah) tanpa mengira batasan usia, pangkat dan kedudukan. Lebai Din meninggal pada tahun 1974 dan isterinya meninggal pada 1977. Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din pula meninggal dunia pada jam 10.10 (pagi waktu Malaysia) 15 september 2016 di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat. Ini merupakan kali ke enam beliau menjalani pembedahan jantung.


Pendidikan Sekolah Rendah (Ibtidaii)
Setelah menjangkau usia Tujuh tahun, ayahandanya telah menghantar beliau belajar di sebuah sekolah aliran pondok di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali yang terletak hanya lebih kurang 100 meter dari rumahnya. Walaupun jarak antara pondok dan rumahnya amat dekat, namun beliau mengambil keputusan menetap di pondok supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan dalam pada itu dapat mendidik diri hidup secara berdikari.
Suatu ketika, Tuan Guru Dato’ telah dihadiahkan seutas jam tangan berjenama Holok oleh bapa saudara kepada Almarhum Haji Zakaria. Hadiah tersebut diberikan kepada beliau sebagai satu anugerah kerana telah mendapat tempat pertama dalam kelas dua. Pemberian yang amat bernilai itu membuatkan beliau sangat gembira dan bersyukur kerana memilikinya.
Kecenderungan Tuan Guru Dato’ terhadap bahasa Arab mula berputik semenjak hari pertama beliau menjejakkan kaki ke sekolah tersebut. Pendekatan pengajian bahasa Arab secara berinovasi dan menyoronokkan daripada guru beliau, ustaz Shafie Omar, sedikit sebanyak telah memberi rangsangan kepada beliau untuk terus mendalami matapelajaran bahasa Arab ini.
Berbekalkan keazaman dan kesungguhan serta minat yang mendalam dalam diri, menjadikan bahasa Arab sebagai alat untuk beliau menimba ilmu-ilmu wahyu dengan lebih jauh. Berteraskan kemahiran bahasa Arab inilah, beliau dapat menggali khazanah ilmu dari sumber-sumber muktabar dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang ilmu termasuk aqidah, fekah, muamalat Islam, siasah Islam, perubatan Islam, kekeluargaan dan sebagainya.
Satu pengajaran yang dapat kita ambil di sini mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab kepada generasi muda supaya mereka dapat menyelami dan mendalami pusaka khazanah ilmu peninggalan ulama-ulama Islam terbilang. Amatlah wajar dielakkan tanggapan sesetengah orang yang beranggapan bahawa bahasa Arab ini bahasa yang sukar dipelajari dan difahami sehinggakan wujudnya golongan yang anti atau fobia dengan bahasa al-Quran juga bahasa syurga. Sesungguhnya Allah telah permudahkan bagi kita untuk mempelajari bahasa al-Quran.
Pendidikan Sekolah Menengah Rendah (I’dadiah)
Setelah beliau menamatkan pengajiannya di sekolah pondok Madrasah Islahiyah al-Diniah beliau telah menyambung pengajian ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah. Perpindahan beliau ke sekolah menengah memberi maksud penerusan perjuangan beliau yang lebih mencabar dalam mendalami ilmu pengetahuan agama. Tambahan pula, pada ketika itu jarak antara sekolah dan rumah beliau adalah lebih kurang 12 batu (20km). Kayuhan basikal sejauh 40km sehari, sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau dalam menuntut ilmu Allah S.W.T.
Bermula dari sinilah, terserlahnya kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan sifat kepimpinan. Di mana beliau telah mendapat tempat pertama (imtiaz) sepanjang tahun pengajian di situ. Sifat kepimpinan mula menyinar di mana beliau telah lantik menjadi ketua pelajar di sekolah. Keperibadian beliau yang cemerlang telah diakui oleh kedua-dua gurunya. Semasa belajar di sini, beliau dikenali sebagai seorang murid yang baik, cerdik, tekun dan fokus dalam pelajaran sehingga sentiasa berada dalam senarai pelajar  terbaik ketika itu.
Tuan Guru Dato’ hanya sempat menghabiskan pengajian pada tahap tiga thanawi sahaja. Kemudian beliau terpaksa meninggalkan sekolah tersebut kerana terlibat dalam satu gerakan pelajar untuk membantah campur tangan pihak luar yang cuba campur tangan pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia berikutan kerana, pada ketika itu ada pihak tertentu yang berhasrat menggantikan pentadbir baru yang bukan dari aliran atau lulusan agama. Akibat peristiwa ini, beliau telah di tahan lokap polis selama dua malam dan akhirnya beliau beserta seramai 60 orang rakannya telah dibuang dari sekolah sehingga mengakibatkan sekolah tersebut ditutup terus selama setahun.
Peristiwa ini membuktikan kepada kita semangat juang  dan ketokohannya sebagai pemimpin yang berkarisma dan bermagnetisma yang menjadikan pelajar-pelajar di bawah pimpinannya sanggup mendengar arahan dan sebulat suara menyokong dan mendokong hak yang diperjuangannya.
Di sini juga kita dapat lihat ketokohannya sebagai seorang yang mempunyai prinsip yang tinggi dalam kamus perjuangannya. Di ketika itu beliau sanggup mempertahankan prinsip dan kebenaran sehingga sanggup membayar satu harga yang cukup tinggi dalam hidupnya, iaitu penyingkiran daripada persekolahan.
Semasa penggantungan itu, beliau bersama seorang rakan karibnya Almarhum Ustaz Dahlan Mat Zin telah memulakan kembara berbasikal dari Arau ke Kuala Lumpur. Satu jarak yang agak jauh, dengan keadan fizikal jalan pada ketika itu.
Ini dapat membuktikan kepada kita kecekalan dan ketabahan beliau untuk mengharungi cabaran untuk melihat dunia luar. Apa yang dapat kita lihat sekarang, apabila beliau telah menjadi seorang ulama yang telah mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan dakwah dan kerja-kerja kebajikan. Sudah tentulah hari ini sudah tidak dengan basikal tua lagi tapi dengan kenderaan yang moden.

Pendidikan Sekolah Menengah Tinggi
Dalam tempoh penggantungan beliau itu, orang-orang kampung telah memberi nasihat dan galakan supaya beliau menyambung pengajiannya yang tergendala itu. Mereka sanggup mengumpul dana bagi membantu beliau untuk meneruskan pengajiannya. Beliau menyedari yang dirinya belum menamatkan persekolahan sehingga lima thanawi ketika itu, sedangkan syarat utama penerimaan masuk kolej islam wajib dengan lima thanawi.
Beliau merasa dirinya seperti angan-angan mat jenin untuk merealisaikan hasrat masyarakat. Beliau merasa dirinya amat kerdil ketika itu. Semua orang yang mohon berbekalkan sijil lima thanawi sedangkan dirinya hanya sempat belajar dua thanawi. Beliau dipujuk untuk memohon menulis surat dalam bahasa Arab kepada pihak Kolej Islam Malaya ketika itu. Akhirnya beliau memberanikan diri menulis surat permohonan tersebut dalam bahasa Arab bertulisan tangan. Berasaskan nilaian terhadap kandungan surat tersebut beliau telah dipanggil untuk ditemuduga. Sesi temudgua dijalankan  dalam bahasa Arab sepenuhnya. Beliau dapat mejawab soalan temuduga yang dikemukakan dengan baik. Akhirnya beliau diterima pada hari itu juga, sedangkan murid-murid lain pulang ke kampunng masing-masing menunggu surat jawapan temuduga.
Semasa beliau mengikuti pengajian di Kolej Islam Malaya ini, cabaran besar kepadanya ialah sistem pengajian di Kolej Islam itu disampaikan dalam bahasa Arab sepenuhnya sedangkan kemampuan beliau hanya di tahap thanawi dua thanawi. Apa yang banyak membantunya untuk menyaingi pelajar lain dalam berbahasa Arab ialah sistem pengajian Madrasah ‘Alawiyyah yang juga menggunakan bahasa Arab sepenunhya semasa pengajian.
Menyedari dirinya tidak mempunyai kelulusan yang setanding dengan pelajar-pelajar lain yang menyambung belajar di kolej itu, beliau telah menggembelingkan tenaga dan usaha dengan belajar  bersungguh-sungguh. Masanya banyak dimanfaatkan di perpustakaan. Ini menjadikan beliau kurang aktiviti luar dan kesukanan seperti pelajar-pelajar lain.
Cerita menarik Tuan Guru Dato’ ketika di Kolej Islam Malaya
Semasa menuntut di Kolej ini, pada suatu hari dua orang pelawat Arab dari Palestin telah datang melawat Kolej Islam. Pelawat tersebut telah diundang untuk menyampaikan ucapan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar kolej. Setelah selesai ceramah, beliau meminta Pengetua Kolej ketika itu Almarhum Dato’ Prof Abdul Raof Shalabi untuk mendengar ulasan dan komentar  dari seorang pelajar tentang Palestin. Pengetua menanyakan pelajar-pelajar siapa yang boleh memberi ucapan. Maka ketika itu Ustaz Mahyuddin yang mengenali Tuan Guru Dato’ telah mencadangkan beliau. Pengetua bersetuju dengan pilihan tersebut dan dia telah mengingatkan kembali ketika mana Tuan Guru Dato’ yang dapat menjawab soalan temuduga dengan cemerlang dan diterima pada hari itu juga belajar di kolej. Akhirnya beliau dipilih  untuk menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab di majlis tersebut. Keupayaan dan keberanian beliau untuk berucap di khalayak di majlis itu mendapat sanjungan dari guru-guru dan rakan-rakan pelajar.
Cerita kedua ini berlaku pada tahun ketiga. Seorang pensyarah baru berbangsa Arab telah tiba berkhidmat di Kolej Islam iaitu Ustaz Abdul Wahab. Kebetulan bersempena dengan sambutan Maulid al-Rasul pihak Kolej telah menjemput beliau untuk meyampaikan ceramah. Pihak kolej telah melantik Ustaz Haron Din untuk menjadi penterjemah pada ketika itu.
Pada tahun ketiga di kolej, Guru beliau Ustaz Mahyudin Musa menugaskan  beliau menggantikannya  untuk menyampaikan ceramah di suatu tempat di Selangor iaitu di Sejangkang dalam satu majlis sambutan Isra’ Mikraj.
Semenjak dari itu, beliau sentiasa menerima undangan berceramah. Yang meneronokkannya setiap kali ceramah beliau akan mendapat wang saguhati RM50.00. Satu jumlah bayaran yang cukup tinggi di masa itu.
Pengajian di Kolej ketika itu disampaikan secara tutorial dalam bahasa Arab sepenuhnya. Pada petangnya, beliau telah diminta oleh rakan-rakannya untuk mengajar mata pelajaran yang sukar iaitu Mantiq dan Falsafah. Beliau bertindak sebagai tutor kepada mereka.
Di Kolej Islam Malaya atau namanya ketika itu al-Kuliah al-Islamiah, Kelang, Selangor, beliau memperoleh Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang.
Di Peringkat Pengajian Tinggi
Minat Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat pengajian tinggi sahaja. Dengan kecekalan dan kesungguhan dalam pengajian, beliau telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree”. Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malaya, beliau menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1966-1968) dengan biasiswa tersebut. Semasa di Mesir, beliau telah mendaftar untuk belajar dua degree sekaligus iaitu Master di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Diploma Pendidikan di Universiti ’Ain Shams, Kaherah. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak ada ruang untuk mengikuti aktiviti luar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang lain ketika itu. Beliau terpaksa mengerah tenaga dan mental untuk belajar pagi dan petang. Masanya banyak dihabiskan dibilik perpustakaan untuk mendapatkan rujukan serta membuat kajian.
Semasa di Kaherah, beliau memilih untuk tidak tinggal bersama pelajar-pelajar Malaysia di asrama Rumah Melayu  kerana budaya pelajar Malaysia di Rumah Melayu hanya bergaul sesama mereka dan bercakap bahasa ibunda. Keadaan sedemikian tidak banyak membantu pelajar melayu mempraktik bercakap bahasa Arab. Beliau memilih untuk menyewa di luar bersama-sama dengan pelajar-pelajar Mesir. Ini memberi lebih banyak peluang baginya untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan penutur aslinya. Dua orang sahabat karibnya yang tinggal bersamanya di Kaherah ialah Lutfi Ali Omar dan Mahmud al-Kafif seorang yang buta. Banyak masa beliau belajar bersama-sama dengan kedua-dua rakannya ini. Dan mereka juga banyak membantu beliau untuk menyiapkan tugasan pelajaran sehingga berjaya. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk menggilap bahasa Arabnya dari aspek percakapan, penulisan dan juga qaedah bahasa arab.
Tuan Guru Dato’ tidak pernah lokek dalam menyebarkan ilmu yang dimilikinya. Ini kerana, ilmu merupakan amanah Allah S.W.T. dan sepatutnya disebarkan kepada orang lain. Kesibukan beliau menelaah pelajaran tidak dijadikan penghalang untuk beliau berkongsi dan mencurahkan ilmu dengan pelajar-pelajar lain. Beliau diamanahkan mengajar pelajar-pelajar Melayu di Mesir terutama kuliah kepada pelajar-pelajar wanita yang kebanyakannya lemah dalam pelajaran dan ramai yang terkandas pada ketika itu. Kelas-kelas ini dianjurkan oleh pelajar Melayu di Mesir. Pengamalan sebegini masih diteruskan sehingga ke hari ini bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Antara matapelajaran yang diajar oleh beliau ialah Bahasa Arab, Usul Fiqh, Qawaed Fiqhiyyah dan lain-lain.
Semasa di Mesir, beliau telah membuat dua degree; satu MA (Ijazah Sarjana) Syariah di Universiti al Azhar dan Diploma Pendidikan di ‘Ain Shams, Universiti Cairo. Akhirnya dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperoleh kedua-dua degree tersebut serentak dengan cemerlang.
 Kehidupan Sebagai Murabbi
Setelah menamatkan pengajian di luar negeri, beliau kembali semula ke tanah air sekitar tahun 1968 dengan memperolehi Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan juga Diploma Pendidikan Universiti A’in Shams di Kaherah. Dengan ilmu yang diperolehi dari luar negeri, masyarakat meletakkan harapan tinggi agar dapat mengambil manfaatnya. Untuk tidak menghampakan harapan masyarakat, beliau telah berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Abdullah Munsyi, Penang. Beliau ditugaskan sebagai guru disiplin.
Bermula dari saat inilah, beliau mula aktif menyampaikan dakwah kepada umum sebagai memenuhi permintaan masyarakat. Beliau sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwah melalui kelas-kelas pengajian agama dan tazkirah di masjid-masjid serta jemputan ke rumah-rumah perseorangan. Selain pada itu, warga guru sekolah juga dianjurkan kelas pengajian khas bersama beliau.
Pada waktu yang sama beliau juga telah bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk kursus-kursus pendidikan guru agama seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Pulau Pinang. Beliau mengajar matapelajaran art of teaching dan child development. Kebanyakan guru-guru agama ketika itu tidak memiliki ilmu pedagogi. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kolej Islam Malaya dan Universiti ‘Ain Syam, Mesir dalam bidang pendidikan, ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru pada ketika itu.
Rentetan dari itu, akhirnya beliau ditawarkan menjadi pensyarah di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaya (nama sekarang Universiti Kebangsaan Malaysia UKM). Dengan sifat rendah diri, beliau enggan menerima tawaran tersebut dengan alasan ingin memberi peluang kepada mereka yang lebih senior dan lebih layak untuk memegangnya. Beliau merasakan terlalu awal baginya untuk memegang amanah sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti. Dekan Fakulti Islam ketika itu telah datang sendiri ke rumahnya memujuk beliau untuk menerima jawatan tersebut. Akhirnya beliau bersetuju dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kecintaan Tuan Guru Dato’ terhadap ilmu telah mendorong beliau menyambung kembali pengajiannya. Ketika itu, beliau masih berkhidmat di UKM. Maka pada tahun 1972, beliau sekali lagi berlepas ke Mesir untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah. Pada tahun 1973, beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang Syariah dan memperolehi Ph.D daripada Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Sekembalinya ke tanah air,  beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setahun kemudian beliau dilantik sebagai timbalan dekan, empat tahun kemudian dianugerahkan profesor madya dan tiga tahun kemudian dilantik sebagai profesor penuh. 


KERJAYA
·         Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
·         Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
·         Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
·         Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
·         Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
·         Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
·         Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
·         Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
·         Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
·         Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
·         Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
·         DAKWAHAhli Jawatankuasa Persatuan Ulamak Malaysia (1976-1977)
·         Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (1977-1980)
·         Ahli Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah ke 15, Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1979)
·         Ahli Jawatankuasa Pameran Kemajuan Islam, Muzium Negara 1979
·         Ahli Jawatankuasa Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, ITM
·         Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Perlis
·         Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Tabung Haji/Pusat Islam)
·         Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia
·         Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kem Ampang Pecah Yayasan Selangor Darul Ehsan
·         Penasihat Darul Fitrah Kuala Lumpur
·         Penasihat Lembaga Madrasah Islahiah Bohor Mali Kayang, Perlis
·         Penasihat Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
·         Penasihat al-Hunfa’ Wilayah Persekutuan
·         Penasihat Institut MINDA Kuala Lumpur
·         Ahli Jawatankuasa Kesepakatan Kenaikan Pangkat Profesor dan Profesor madya, Fakulti Pengajian Islam, UKM
·         Ahli Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Jabatan/Agama Islam Negeri
·         Ahli Jawatankuasa Mengkaji Sukatan Pelajaran KeIslaman di Kementerian dan Jabatan Kerajaan
·         Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Islahiah Bohor Mali, Perlis
·         Ahli Jawatankuasa Pengawasan Yayasan al-Muhammady Kayang, Perlis
·         Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa’) (1988 – kini)
·         Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia (2016 – kini)

AKTIVITI PENGAJIAN AGAMA
1.     Kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.
2.     Kelas pengajian untuk golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14). Bermula sejak tahun 1985
3.     Kelas pengajian di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
4.     Memberi bimbingan Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
5.     Memberi ceramah di kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat setiap bulan bermula pada awal tahun 1988
6.     Memberi ceramah di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam. (Minggu kedua setiap bulan)
7.     Memberi cermah di seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.
8.     Ceramah bersiri di Masjid Darul Ghufran, Singapura.
9.     Mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia (RTM) (Rancangan Mingguan) sejak tahun 1990
10. Mengambil bahagian dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).
11. Program Lintas Lansung Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televesyen Malaysia (RTM)
12. Sering diundang dalam ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3
13. Sering diundang dalam Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)
14. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh
15. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan
16. Sering mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah
17. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis
18. Memenuhi Program Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam
19. Sering diundang bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di seluruh pelusuk tanah air
20. Siri kuliah yang sedang berlangsung:
·         Kuliah Maghrib bulanan - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
·         Kuliah Dhuha bulanan – Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
·         Kuliah Dhuha bulanan – Masjid Al-Falah, USJ
·         Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
·         Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
·         Kuliah Dhuha bulanan – Dataran HIG, Pulau Langkawi
·         Kuliah Maghrib bulanan – Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi

PENULISAN
Pengajian Islam Buku teks mengenai Islam untuk Sekolah Menengah
1.     Obor Islam I (The Light of Islam I), Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
2.     Obor Islam II (The Light of Islam II) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
3.     Obor Islam III (The Light of Islam III) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
4.     Obor Islam IV (The Light of Islam IV) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970 
5.     Obor Islam V (The Light of Islam V) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
·         Pengetahuan Agama Islam. (Bersama Ustaz Sobri Salamon) Kuala Lumpur : Al-Rahmaniah, 1988
·         Jawapan Kepada Buku Hadith Satu Penilaian Semula Haron Din ... (et al.), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Fakulti Pengajian Islam 1988
·         Jawapan Kepada Buku, ‘Hadith Satu Penilaian Semula’. Kuala Lumpur : Terbitan Dewan Pustaka Fajar, , Januari 1988
·         Methodologi Zikir. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1988
·         Pengenalan Islam : Kemusykilan dan Penjelasan ( Bersama Ustaz Ishak Din ) 1989
·         Manusia dan Islam / Haron Din... (et.al) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990
·         Manusia dan Islam / Haron Din ...[et al.], Kuala Lumpur: Amiza, 1990
·         Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran dan Hadis Serta Terjemahannya oleh: Haron Din dan Ishak Din Kuala Lumpur Darul Nu'man 1994
·         Aqidah Tauhid. (Bersama Ustaz Ishak Din). Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1995
·         Rahsia Khusyuk Dalam Solat ( videorecording) oleh Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur MOCCIS Production 1996
·         Manusia dan Islam / Prof. Dato' Dr. Haron Din (Ketua) ... [et al.] Shah Alam : Hizbi Marketing, 1999
·         Manusia dan Islam. Jilid 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991
·         Manusia dan Islam. Jilid 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992
·         Manusia dan Islam. Jilid 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993
·         Ulama’ Bukan Cap Getah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1993
·         Muhammad Rasulullah : Anugerah Untuk Kejayaan. Kuala Lumpur : Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1993
·         Manusia dan Islam / Haron Din ... [et al.] Ampang : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2001
·         Islam : Agama Bisnes & Pengurusan / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
·         Islam : Keadilan Membebaskan Manusia / Dato' Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
·         Islam : Ada Apa Dengan Islam? / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·         Islam : Jihad Sebagai Survival Insan / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·         Islam : Rujukan Efektif Akhlak Mulia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
·         Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Milennia, 2007
·         Islam : Ibadah Pembina Tamadun Manusia / Dato' Dr. Haron Din. Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·         Attarikat alNakhsyahbandiah Ala'liyah Haron Din, {s.l.], [s.n.]:[n.d]
·         Tasawwur Islami. Kajang : Percetakan Graphico, 1404 H

Perundangan & Politik Islam
·         Hudud di dalam Perundangan Islam (suatu analisa Mengapa Hukuman Hudud Perlu Dilaksanakan) / oleh Haron Din, Kuala Lumpur Pejabat Agong Pas 1978
·         Hudud Dalam Perundangan Islam (Hudud in Islamic Law). Kuala Lumpur : Pakar Print, 1978
·         Hudud Dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur : Deny Press, 1993
·         Kewajipan Menegakkan Negara Islam. Perlis : Indera Press

Permasalahan Fiqh Semasa
·         Suami Isteri dalam Rumahtangga menurut Islam. Kuala Lumpur : Maju Press, 1979
·         Masalah Pendidikan Islam di Malaysia (Problem of Islamic education in Malaysia) with others. Kajang : Sincere Print, 1980
·         Masalah Pendidikan Islam di Malaysia. (Bersama Dr. Sabri Salamon). Bangi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah 1980
·         Penyelenggaraan Jenazah. Serdang : Unit Bimbingan Umaga, Universiti Pertanian Malaysia, 1981
·         فسخ النكاح والقضايا المتعلقة به : دراسة مقارنة بين المذاهب الفقهية / الدكتور هارون دين Fasakh Al-Nikah Wa Al-Qadaya Al-Muta'liqah Bih : Dirasah Muqaranah Bayna Al-Madhahib Al-Fiqhiyah Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1983
·         Pengurusan Jenazah. Bangi : Percetakan Zizi Press, 1989
·         Taklik Talak Antara Hokum Fiqh dan Hokum Qanun. Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1889
·         Soal Jawab Fiqh Harian / Ishak Din, Haron Din, Abu Hassan Din al-Hafiz, Shah Alam : Hizbi, 1992
·         Soal Jawab Agama. (bersama Ustaz Ishak Din). Percetakan Akademi Art Printing Services Sdn. Bhd. 1992
·         Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian / Dato' Dr. Haron Din, Ishak Din, Abu Hassan Din, Kuala Lumpur : PTS Millennia, 2007
·         Melihat Anak Bulan di Malaysia : Masalah dan Kemungkinan.

Pengubatan Islam
·         Haron Din. 2011. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab. Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2009. Menjawab Persoalan Makhluk Halus. Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2014. Ruqyah Asas Pengubatan Islam, Edisi Kedua. Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2010. Pengantar Pengubatan Islam. Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (1). Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Jasmani (2). Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Rohani. Bangi: Darussyifa’.
·         Haron Din. 2010. Rawatan Penyakit Akibat Sihir. Bangi: Darussyifa’.
·         Rawatan Gangguan Makhluk Halus Menurut Al-Quran dan As-Sunnah Oleh Amran Kasimin dan Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1987
·         Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan as-Sunnah / oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1987
·         Sebahagian Daripada Rawatan Pesakit menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., Tahun 1990
·         Fadilat ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir / oleh Dr Amran Kasimin dan Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
·         Rawatan Pesakit Menurut Al-Quran dan As-Sunnah : doa-doa / Dr Amran Kasimin, Prof. Dato' Dr Haron Din, Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1995
·         Doa dan Rawatan Penyakit. Amran Kasimin, Haron Din, Kuala Lumpur Percetakan Watan 1996
·         Doa dan Rawatan Penyakit (i) / Dr Amran Kasimin, Dato' Dr. Haron Din : Kuala Lumpur : Percetakan Watan, 1997
Politik
·         Mula bergiat aktif dalam PAS sejak dari tahun 1974
·         Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
·         Ketua Penerangan PAS Pusat
·         Ahli Majlis Syura Ulama'
·         Timbalan Mursyidul Am PAS
·         Mursyidul Am PAS
Pilihan Raya
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dr Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia telah mendapat undi sebanyak 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 17,367. Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004. Majoriti diperolehi: 3,243, Jumlah Undi: 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451 berbanding Dr Haron Din yang mendapat sebanyak 16,151 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.

Sumbangan Tuan Guru Dato Dr Haron Din
ALMARHUM Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din adalah ulama haraki yang bergerak ilmunya di tengah kancah masyarakat  dengan pelbagai karenah dan ragam. Ketinggian ilmu beliau dalam bidang agama membantu menyelesaikan banyak masalah ummah sehingga diiktiraf dan dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1977.
Selain dari itu beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Panel Penasihat Pusat Pendidikan Islam, Penasihat Kebajikan Kakitangan Pekerja-Pekerja islam PORIM Malaysia dan banyak lagi. Terlalu banyak untuk kami senaraikan.
Beliau juga banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dengan menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian islam, perubatan islam dan permasalahan fiqah semasa termasuk buku teks untuk Sekolah Menengah berjudul Obor Islam bermula dari siri 1 sehingga siri 5.
 Bukan setakat itu sahaja, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti pengajian agama. Contohnya seperti memberi bimbingan kursus haji, memberi ceramah di kediaman YB Menteri Besar Selangor untuk kaki tangan kerajaan, mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam di Radion Televisyen Malaysia dan banyak lagi. Beliau juga banyak membina sekolah agama, masjid , rumah penyayang semuanya sudah diwakafkan untuk kegunaan semua ummah. Orang-orang kampung di sekitar kampung bohor mali yang daif , ibu-ibu tunggal setiap bulan mendapat bantuan duit dan juga makanan daripada yayasan yang beliau tinggalkan.
Terlalu banyak sumbangan beliau dan jasa pada negara khasnya buat umat islam di seluruh Malaysia. Panjang jika ingin kami huraikan satu persatu, tidak terhitung jumlah kebajikan yang telah beliau lakukan terutama dalam menyelesaikan masalah ummah.
Kesimpulan
Tuntasnya, sungguhpun banyak lagi yang wajar diperkatakan berkaitan Dr. Haron Din, namun, ingin saya tegaskan di sini, bahawa peranan Dr. Haron Din sangat besar dalam memartabatkan sistem perubatan Islam di Malaysia. Usaha dan inisiatif beliau bukan sahaja berguna untuk masyarakat sekitar beliau berada atau kepada murid-muridnya, tetapi ia membantu memudahkan penerimaan Kementerian Kesihatan kepada ilmu dan amalan perubatan Islam sebagai salah satu amalan dalam perubatan komplementari.
Dengan adanya tulisan-tulisan beliau yang boleh digunakan sebagai teks atau modul juga, maka modul yang bersesuai mudah diterapkan dan disusun bagi tujuan pengajian akademik di mana-mana universiti atau kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan  dan Kementerian Pengajian Tinggi. Pesanan akhir Dr Dato Harun Din yang kami dapat dari sesi temu bual bersama kakak beliau yang dipesan olehnya ialah “duit kita harta kita biar sentiasa berada ditangan ,jangan simpan dihati, di bank atau dalam simpanan kita” kerana bila duit dan harta sentiasa ditangan maka mudahlah kita untuk bersedekah dan juga berbelanja wang dan harta kita kearah kebaikan.


RUJUKAN

Abdul Latif Abu Bakar, ‘Akhbar, Desentaralisasi dan Persatuan Negeri Melayu’, dalam Khoo Kay Kim (peny-) (1985) Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff  (2006) Transformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur Tengah Dan Di Malaysia.Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya (1982)  A History of Malaya. London : The Macmillan Press LTD.  

J.J. Raj (JR) (2007) The Struggle For Malaysian Independence. Kuala Lumpur : MPH Group
Printing (M) Sdn Bhd.

Khoo Kay Kim (1972) The Western Malay States 1850 1873. Kuala Lumpur : Charles Grenier Sdn Bhd.

Robert Heussler (1985) Britsh Rule in Malaya. Singapore : Chong Moh Offset Printing Pte. Ltd.

William R. Roff (2003)  Nasionalisme Melayu (terjemahan Ahmad Boestamam). Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

https://www.darussyifa.org